Berita pemergian arwah pelakon, Syazlin Zainal ternyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada ahli keluarga, kenalan rapat dan beberapa orang selebriti tanah air. Zahirah MacWilson dan Elisya Sandha antara selebriti yang pernah bekerjasama dengan arwah sepanjang pembabitannya dalam bidang seni.
Artikel berkaitan: ‘Stop Buat Kenyataan Yang Tak Benar & Hormat Keluarga Arwah’ – Sepupu Syazlin
Artikel berkaitan : [VIDEO] Enggan Ulas Mengenai Spekulasi Bertebaran, Abang Pelakon Syazlin Zainal Serah Siasatan Kepada Polis
Artikel berkaitan : Rakan Baik Nafi Dakwaan Syazlin Zainal Dipukul BF, Minta Orang Ramai Henti Buat Andaian
Artikel berkaitan : Pelakon Syazlin Zainal Maut Terjatuh Tingkat 22 Pangsapuri
Awak beritahu harapan dan impian
Menurut Zahirah, dia pernah bekerja dengan arwah dalam sebuah drama. Tambahnya, arwah seorang yang bersemangat dan mempunyai impian yang tinggi selain memiliki suara yang sangat merdu.
Saya sentiasa teringat bagaimana awak pernah bagitahu saya tentang harapan dan impian awak. Saya sentiasa teringat yang saya beritahu awak mempunyai suara yang sangat merdu setiap kali menyanyi. Saya sentiasa teringat betapa semangatnya awak setiap kali di set penggambaran. Kami sedih terima berita pemergianmu.
Zahirah turut menitipkan doa agar roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.
Semoga awak tenang di sana sayangku Alin. Awak akan sentiasa diingati. Terima kasih pernah jadi adik saya walaupun sekejap.
Sentiasa senyum
Menurut Elisya pula, dia pernah bergandingan dengan arwah menerusi drama Oh My Hantaran. Ujar Elisya, arwah sentiasa senyum dan mahu memberikan yang terbaik sewaktu bekerja.
Sumber: Elisya Sandha & Zahirah MacWilson