Teman lelaki Allahyarhamah Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo dilihat melawat kubur bekas kekasihnya itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2.
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Segalanya Sayang…’ – Teman Lelaki Allahyarhamah Syazlin Zainal
Artikel berkaitan: ‘Dia Banyak Tersenyum & Pernah Bagitahu Saya Tentang…’ – Zahirah MacWilson & Elisya Sandha Sebak Kenang Arwah Syazlin
Artikel berkaitan: ‘Stop Buat Kenyataan Yang Tak Benar & Hormat Keluarga Arwah’ – Sepupu Syazlin
Selamat hari jadi sayangku
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Pablo ditemani beberapa orang rakan ketika menziarah kubur arwah Syazlin. Pablo yang memakai baju berwarna merah putih itu kelihatan sebak tatkala sedang membaca doa dan menulis kapsyen istimewa buat insan yang pernah ada disampingnya sebelum ini. Menurut Pablo, dia sentiasa berdoa agar arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Akan ku abadikan senyumanmu yang indah itu di dalam hati ini meskipun sekarang sayang sudah terlalu jauh dari saya, namun dekat di sisi Allah SWT. Tenanglah di sana. Al Fatihah.
Sumber: Shaf Pablo