Sekadar gambar hiasan
Gara-gara gagal menyiapkan kertas kerja yang diminta, seorang lelaki warga tempatan tergamak memukul muka dan menendang perut isterinya sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.
Pukul muka, tendang perut isteri
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, insiden yang berlaku di sebuah rumah di Taman Sentosa dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek. Suspek yang berusia 27 tahun turut mengeluarkan kata ugutan yang mendatangkan ketakutan kepada mangsa.
Hasil siasatan awal mendapati, ini bukan kali pertama suspek melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya malah ianya sudah banyak kali berlaku namun mangsa tidak membuat laporan polis.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau serta dadah.
Suspek yang merupakan seorang pereka aplikasi atas talian telah ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.
Sumber: Harian Metro