berita

Nabil Mahir Sanggup ‘Beratur’ Beli Tiket Konsert Blackpink, Ayda Jebat Terharu Dapat Hadiah ‘Birthday’ Awal

November 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Meskipun harga tiket konsert kumpulan popular, Blackpink di Kuala Lumpur dikatakan terlalu mahal sehinggakan mencecah hampir RM2,000 namun peminat setia tetap melabur duit.

Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Harga Tiket BLACKPINK Cecah RM2K Sampai Jadi Bualan Peminat Dari Luar Negara

Pelakon Mira Filzah serta pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat antara yang berjaya membeli tiket konsert yang dijadualkan pada 4 Mac tahun hadapan.

Hadiah birthday

Menerusi Instagram Stories, Nabil menyatakan tiket konsert itu merupakan hadiah untuk ulang tahun kelahiran Ayda yang juga jatuh pada bulan Mac iaitu 17 haribulan.

Dalam hantaran tersebut, pengacara berumur 34 tahun itu memuat naik tangkapan skrin (screenshot) tiket namun tidak didedahkan jumlah harga yang dibayar.

Sementara itu, pemilik nama Nur Suhada Jebat meluahkan rasa gembira dan terharu apabila menerima ‘advance gift’ daripada suami tercinta.

Terima kasih Wuvv (panggilan Nabil) belikan hadiah birthday awal.

Kena que balik guna telefon bimbit

Sebelum ini, Nabil ada meluahkan ketidakpuasan hati apabila website mengalami masalah teknikal sehinggakan dia terpaksa ‘beratur’ semula untuk membeli tiket.

Perkongsian itu menunjukkan Nabil membeli dua keping tiket yang berharga RM1,588.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.

Sumber: Instagram @nabilmahir & @aydajebat

SKIP THIS AD ×