Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak dapat digambarkan betapa peritnya hati si ibu apabila kehilangan anak tercinta yang dikandung selama sembilan bulan. Lebih meruntun hati apabila si kecil yang berusia tiga bulan ‘pergi’ saat dirinya baru melihat dunia.
Anak ‘pergi’ di bawah jagaan pengasuh
Allahyarham Afia Aisyah dikatakan telah dihantar oleh ibunya ke rumah pengasuh pada 1 November 2022 dan itu merupakan hari pertama dia dijaga pengasuh. Meskipun dihantar dalam keadaan sihat namun siapa sangka, sekitar jam 5 petang iaitu pada hari yang sama, adik Afia Aisyah dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Damailah kamu di sana, carilah kakakmu di syurga. Ceritalah kepada kakakmu mama menyayangi kamu berdua dan ceritalah perjalanan hidup kamu dengan mama kepada kakakmu. Berpimpingan lah tangan kamu dengan kakakmu di taman syurga.
Menerusi perkongsian terbaharu di Facebook, ibu Allahyarham adik Afia Aisyah iaitu Fizah Mohd meluahkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu namun redha dengan ketentuan Ilahi.
1hb November adalah hari terakhir mama dengan kamu. Sungguh indah senyumanmu disaat itu, sangat berseri dan manis. Itulah senyuman paling membahagiakan dan terakhir kamu. Tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama.
Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999. Saat itu, hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama dan saat itu, mama terpaksa berlakon kuat di hadapan semua orang. Namun rebah bila kamu dibawa ke hospital.
Video
Sumber: Fizah Mohd