Penyanyi, Elyana memberitahu dia yang melamar suaminya, Khairul untuk berkahwin 12 tahun lalu. Menurut Elyana, dia siap menulis ‘will you marry me?’ di atas kertas yang sehingga kini masih disimpan dengan baik.
Rancang dalam 3 hari sahaja
Ini kertas asal ketika saya melamar dia. Saya yang melamar dia.
Ujar Elyana, dia telah merancang sebuah majlis istimewa sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-47 dan hari ulang tahun perkahwinannya yang ke-12. Tambah Elyana, majlis tersebut dirancang dalam masa tiga hari dan ternyata ianya mencabar.
Saya rasa mencabar sebab memang terbatas pergerakan saya kerana duduk satu rumah. Tapi saya berterima kasih untuk @tirairatueventhall kerana sangat baik melayani saya dan memberikan servis yang sangat baik! Saya percaya dengan membuat orang yang kita sayang bahagia adalah kunci kebahagiaan untuk diri kita.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Khairul kelihatan sangat terkejut sewaktu isterinya melakukan kejutan tersebut. Kenalan rapat dan keluarga antara tetamu yang hadir pada majlis itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Elyana