Di TikTok, hati seorang ibu luluh apabila mendapat panggilan daripada seorang guru memaklumkan anaknya mengalami kecederaan yang serius ketika berada di sekolah.
Tangan jadi bengkok
@nirwanaabdmunir
Menurut Puan Nirwana, dia terus bergegas ke sekolah sebaik sahaja mendapat panggilan tersebut. Ketika sampai di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya sudah bengkok. Bercerita mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.
Pada waktu itu juga, ada seorang budak telah menolak anaknya dari arah belakang sekali gus mengakibatkan kecederaan tersebut. Berikutan daripada itu, pihak sekolah telah menghubungi ambulans bagi memberikan rawatan segera.
Video
@nirwanaabdmunir Replying to @damia1277
@nirwanaabdmunir Replying to @billybillyaya
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut. Netizen berharap ibu bapa di luar sana dapat menasihati anak masing-masing agar menjaga tingkah laku ketika berada di mana sahaja.
Sumber: Nirwana