berita

Dari Imej Seksi Kini Berhijab, Aktres Berstatus Janda Bertudung Labuh Sebab Disuruh Teman Lelaki?

December 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi panas melibatkan seorang pelakon wanita yang dahulunya membawa imej yang seksi dan akhirnya telah tampil berhijrah menutup aurat selepas bercerai.

Bertudung sebab permintaan kekasih?

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Boom!, pelakon wanita yang berstatus janda itu dikatakan telah membuat kemunculan dalam satu drama bersiri selepas tamatnya tempoh idah. Namun apa yang mengejutkan ramai adalah penampilan pelakon berkenaan yang dahulunya seksi kini sudah berhijab.

Namun ada dakwaan mengatakan bahawa penghijrahan anak seni itu disebabkan oleh permintaan kekasih baharunya yang juga merupakan seorang pelakon. Selain itu, ada pula spekulasi mendakwa kedua-dua pelakon terbabit menjalin hubungan cinta dalam diam.

Ngam-ngam selepas gambar mereka berdua tular, masa itulah ramai sedar banyak entri di media sosialnya semakin berkurangan, sama ada dipadam atau disimpan.

Dan percayalah, penampilannya yang sopan menutup aurat itupun adalah atas permintaan kekasih baharunya. Jadi penghijrahan ditunjukkannya itu bukanlah datang dari hati seperti yang dia cakap sebelum ini.

Terdahulu, pelakon wanita itu memaklumkan bahawa dia telah berpisah dengan bekas suaminya namun tidak mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

Sumber: Boom!

SKIP THIS AD ×