Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita memfailkan aduan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas anak perempuannya yang berusia enam tahun didakwa menjadi mangsa serangan seksual oleh rakan sekelasnya.
Budak 6 tahun dakwa dicabul
Foto: The Thaiger
Memetik laporan The Thaiger, insiden tersbut dipercayai berlaku di Sekolah Wat Sri Kongkaram, Samut Prakarn, Thailand pada 30 November lalu. Dakwa wanita berusia 31 tahun itu, ketika kejadian, anaknya, Noey diperdaya memasuki tandas di sekolah berkenaan oleh rakan lelakinya. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mangsa dipercayai dipaksa menanggalkan pakaiannya malah dia cuba dirogol.
Namun Noey sempat melarikan diri dan menghubungi kakaknya yang turut belajar di sekolah sama. Mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada guru sebelum ibu mereka dihubungi tentang kejadian tersebut. Si ibu kemudian tampil membuat laporan polis dan kanak-kanak lelaki terbabit yang dikenali sebagai Nueng mengaku membawa Noey ke tandas dan menarik skirtnya. Nueng mendakwa bahawa dia pernah melihat sepupunya yang berusia 13 tahun melakukan perkara tersebut kepada rakan wanitanya. Oleh itu, dia mahu melakukan perkara yang sama kepada Noey.
Bapa Nueng mendedahkan bahawa dia telah menyelesaikan perkara tersebut dan mendakwa anak tirinya itu hanya bermain malah dia menafikan tuduhan bahawa Nueng melakukan cubaan merogol. Pampasan sebanyak 3,000 baht (RM379.70) juga telah dibayar kepada ibu murid perempuan itu.