Foto: Sportskeeda
Seorang pegawai polis yang pernah memberi sandwic najis kepada seorang gelandangan akhirnya dipecat sekali lagi selepas didapati membuang air besar di tandas wanita di sebuah pejabat peronda basikal Jabatan Polis Floresville, Texas.
Bagi sandwic najis
Foto: Daily Star
Pada tahun 2016, tertuduh yang dikenali sebagai Matthew Luckhurst bertindak meletakkan najisnya pada kepingan roti dan memasukkannya ke dalam bekas stirofoam. Dia kemudian memberi bekas berisi sandwic najis itu kepada seorang gelandangan. Susulan daripada tindakannya itu, Matthew yang merupakan seorang pegawai polis di Jabatan Polis San Antonio telah dipecat. Lima bulan kemudian, Matthew kembali bertugas selepas diambil bekerja oleh Jabatan Polis Floresville sebagai pegawai simpanan.
Namun baru-baru ini, Matthew sekali lagi dipecat selepas didapati membuang air besar di tandas wanita. Tidak cukup dengan itu, Matthew menyebarkan bahan seperti puding coklat di tempat duduk memandangkan dia gagal mengepam air besar di tandas berkenaan.
Tetapi lelaki ini memaklumkan akan bertanggungjawab dan meminta maaf atas insiden tersebut malah dia mendakwa ianya adalah satu gurauan dan ‘prank’.
Sumber: Daily Star