Di Penampang, Sabah, anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif bersembunyi di atas bumbung tingkat empat sebuah flat. Kejadian tersebut telah berlaku di Taman Kendera 1, semalam.
Anak yang hiperaktif
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.57 petang. Berikutan daripada panggilan tersebut, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam operasi berkenaan.
Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif berusia 12 tahun bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat berkenaan. Tindakan pasukan bomba memanjat naik menggunakan tangga ke atas flat berkenaan melalui jeriji besi.
Kanak-kanak terbabit berjaya ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan ujar pihak bomba.
Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada keluarganya. Operasi ditamatkan pada 8.40 malam.
Sumber: Harian Metro