Apabila tibanya bulan Ramadan, pasti ramai di antara kita akan berasa letih dan lesu walaupun baru separuh hari berpuasa. Hal ini mungkin terjadi disebabkan beberapa faktor seperti jadual tidur, pemilihan waktu untuk bersahur dan banyak lagi.
Bagi mengatasi rasa lemau sepanjang berpuasa, kami daripada OhBulan! ingin berkongsi 5 tips supaya korang semua kekal bertenaga tatkala seharian berpuasa.
Minum air yang secukupnya
Foto: http://www.w24.co.za/
Tips pertama yang korang perlu tahu dan sangat penting adalah minum air yang secukupnya ketika sahur. Ini kerana, air dapat memberikan hidrasi yang diperlukan oleh badan. Apabila kandungan air dalam badan cukup, korang tidak akan rasa letih mahupun dahaga ketika menjalani ibadah puasa.
Pilihan makanan yang seimbang ketika sahur
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Tips kedua korang kena bijak memilih makanan yang seimbang ketika sahur. Pemilihan makanan yang betul secara tidak langsung dapat membantu badan korang kekal bertenaga sepanjang hari. Antara makanan yang anda perlu ambil ketika bersahur semestinya makanan yang tinggi dengan karbohidrat, sayur-sayuran, buah-buahan serta protein.
Manfaatkan waktu siang & malam
Foto:Blog Izzeyda
Walaupun berpuasa seharian, ianya tidak bermaksud korang boleh rileks dan tidak melakukan sebarang aktiviti. Bagi mengelakkan badan berasa lemau, apa kata korang rancang pelbagai aktiviti yang bermanfaat agar badan sentiasa aktif. Sekiranya berada di rumah, korang boleh gunakan masa yang ada untuk mengemas rumah, beribadat, melakukan aktiviti ‘indoor’ bersama anak-anak dan banyak lagi.
Kalau bosan di rumah, korang boleh keluar bersiar-siar tidak kiralah di taman atau di pusat membeli-belah. Aktiviti ini akan membantu korang untuk membakar kalori juga. Tambahan, berjalan atau bersiar boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang boleh menyihatkan tubuh badan. Jadi, boleh la pergi ‘window shopping’!
Minum teh atau kopi
Foto: Berita Harian
Kopi dan teh merupakan minum wajib yang akan diminum oleh seseorang individu sebelum memulakan hari mereka. Ternyata, dua jenis minuman ini mampu membantu badan untuk kekal aktif dan yang paling penting adalah kurang rasa lapar! Jadi, korang boleh minum teh dan kopi ketika bersahur. Bukan itu sahaja, minuman ini juga akan membekalkan kandungan antioksidan yang secukupnya kepada tubuh badan pada siang hari.
Dapatkan rehat dan tidur yang secekupnya
Foto: http://www.huffingtonpost.com/
Tips terakhir ni pasti korang semua suka. Bagi memastikan badan kekal aktif ketika berpuasa pada siang hari, tidur yang cukup juga sangat membantu. Ini kerana, korang perlu bangun awal untuk sahur dan melakukan pelbagai aktiviti di siang hari. Jadi, sangat penting untuk korang susun semula jadual tidur ketika bulan puasa. Ingat! badan kita memerlukan rehat yang secukupnya.