Gambar sekadar hiasan
Dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah rumah di Serkam, Jasin, seorang wanita dipercayai masih berstatus isteri orang ditahan bersama seorang duda kerana disyaki bersekedudukan.
Artikel Berkaitan: Bincang Assignment Dalam Bilik Hotel, Pelajar IPT Dicekup Berkhalwat
Artikel Berkaitan: Viral Suami Lagi ‘Terliur’ Dengan Ibu Mentua, Kantoi Kena Tangkap Basah.. Rupanya Selalu Bertukar Mesej 18+
Serbuan JAIM
Difahamkan, ketika serbuan sekitar jam 7.00 malam itu, pihak penguatkuasa JAIM turut menahan anak kepada wanita berkenaan iaitu remaja perempuan berusia 16 tahun yang berada bersama pasangan terbabit.
Menurut pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, pasangan yang berusia lingkuan 50-an dan anak wanita itu telah ditahan semasa Operasi Sentuhan Kecundang seterusnya dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Ketika serbuan, ada tiga individu di dalam rumah itu, dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita dan lelaki dewasa terbabit bukan pasangan mahram, selain gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan.
Wanita itu turut mendakwa ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu, dan sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan dikatakan memberi alasan datang ke rumah wanita itu untuk membaiki kenderaan. Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, JAIM menemui pakaiannya di dalam bilik dan ruang tamu rumah berkenaan.
Penguat kuasa JAIM melakukan risikan sejak beberapa minggu lalu, malah berdasarkan aduan diterima, pasangan itu didakwa sudah tinggal bersekedudukan selama kira-kira tujuh bulan tetapi pergerakan mereka dikatakan agak licik.
Sumber: Berita Harian