Foto: Hang Jebat dan Hang Tuah
Isu melibatkan anak-anak Seniman Legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat bersama Jeffrey Jins dan Hang Tuah akhirnya menemui titik noktah apabila Hang Jebat berjaya mengetepikan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah di Kampong Pasir, Gombak yang dibuat oleh dua abangnya, tiga tahun lalu.
Kemenangan milik Hang Jebat
Foto: Hang Jebat bersama Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin (bapa)
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Surat Wakil Kuasa itu sah, seterusnya menolak tuntutan dibuat oleh Jeffrey dan Hang Tuah.
Saya bersyukur membuktikan tuduhan Jeffrey dan Hang Tuah mendakwa saya memalsukan tandatangan arwah ayah ketika penjualan tanah seluas 0.265 hektar (bernilai RM2.75 juta) pada 2015 tidak benar.
Hang Jebat meluahkan rasa syukur kerana kemenangan tersebut dapat membersihkan namanya dan ahli keluarganya termasuk arwah bapa, ibu dan adiknya, Putera Hang Nadim. Ujar Hang Jebat lagi, dia tidak boleh terima tindakan abang-abangnya yang memaki hamun ibu kandungnya di media sosial.
Dia mula menyimpan dendam selepas saya menegur tindakannya tidak menziarahi arwah ketika masih hidup. Sepanjang hayat arwah, dia langsung tidak pernah menjenguk atau bertanya khabar, apatah lagi menghulur wang belanja. Bila arwah meninggal dunia, dia hanya datang ke kubur dengan alasan ibu saya tidak menyukainya.
Sebagai anak, tidakkah dia teringin mandi, kafan dan solat jenazah ayah. Dia tidak pernah ambil tahu pasal arwah tiba-tiba muncul mahukan hak sama rata.
Bersihkan nama ahli keluarga
Foto: Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin bersama isteri, Puan Sri Halijah Abdullah
Bercerita dengan lebih lanjut, Hang Jebat memberitahu proses menjual tanah itu dilakukan ketika arwah ayahnya masih sihat.
Arwah sudah menyerahkan tanah berkenaan kepada saya, cuma belum ditukar nama. Ini kerana saya perlu mengisi borang 14a yang turut membabitkan kos guaman.
Disebabkan masih belum tukar nama, jadi arwah perlu menandatangani Surat Wakil Kuasa. Itulah punca Jeffrey dan Hang Tuah menuduh saya meniru tanda tangan arwah.
Sebagai rekod, Jeffrey adalah anak sulung hasil perkahwinan arwah dengan bintang legenda, Allahyarham Rahmah Rahmat. Manakala, Hang Tuah pula anak kedua arwah menerusi perkahwinan dengan Jamilah Shukor pada 1973 dan Hang Jebat merupakan anak sulung perkahwinan ketiga arwah bersama Puan Sri Halijah Abdullah.
Sumber: Berita Harian