Bila cakap pasal pelaburan ni, mesti ramai antara korang yang dah semakin celik mengenai betapa pentingnya pelaburan dalam kehidupan sekarang ni. Tapi, ada sesetengah yang masih buntu nak melabur dalam saluran yang betul.
Dah, jangan pening-pening. Mulai sekarang, kami sarankan korang melabur dan berpotensi untuk mendapat keuntungan dengan Akaun Maybank Islamic Zest-i yang semestinya patuh syariah ni. Paling best, siap boleh menang hadiah menarik tau!
Hanya perlu kekalkan Baki Akhir Bulanan (BAB) minimum RM200 sahaja sebulan!
Korang nak rebut peluang untuk ada dalam pencalonan bagi menangi hadiah menarik bulanan, suku tahunan, setengah tahun dan juga tahunan sepanjang tahun?
Jangan lupa untuk kekalkan baki akhir bulanan minimum RM200 dalam akaun korang. Nak tahu apa hadiahnya? Haa…kena lah baca sampai habis!
Bukan tu saja, korang juga berpeluang untuk menikmati potensi keuntungan!
Nak berpeluang dapatkan potensi keuntungan melalui Maybank Islamic Zest-i ni mudah saja guys, korang hanya memerlukan pelaburan awal serendah RM50 untuk permohonan di aplikasi MAE dan di laman web Maybank2u.
Tapi korang jangan risau, pelaburan ini bukan lah bayaran yang dikenakan, ianya cuma syarat untuk korang dapat potensi keuntungan daripada pelaburan itu nanti dan wang tersebut akan stay je dalam akaun Zest-i korang.
Potensi keuntungan ini adalah berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan (NPK) dengan Bank tau.
*Keuntungan akan dibayar setiap bulan dan tidak tertakluk kepada jumlah baki atau jumlah pengeluaran.
Paling menarik, korang boleh mohon & buka akaun secara online je!
Untuk korang yang belum ada lagi akaun Maybank Islamic Zest-i ni, korang boleh mula memohon akaun secara dalam talian menerusi aplikasi MAE tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank/Maybank Islamic.
Nak tau macam mana? Ikut je langkah dibawah dan korang akan miliki akaun pelaburan patuh Shariah serta merta tau!
Langkah 1: Muat turun atau buka aplikasi MAE
Langkah 2: Pergi ke ‘More’ kemudian tekan ‘Apply’
Langkah 3: Di bahagian ‘Account’, pilih ‘Zest-i’
Langkah 4: Ikut arahan yang tertera pada skrin untuk melengkapkan permohonan
Nak akses secara mudah ke akaun korang, boleh je gunakan aplikasi MAE atau melalui laman web Maybank2u untuk menguruskan akaun tersebut dengan mudah.
Yang penting, kena pastikan MyKad korang ada bersama sebelum memulakan proses permohonan tu. Untuk mengaktifkan akaun pula, korang perlu melakukan pemindahan FPX daripada akaun bank lain yang didaftarkan di bawah nama korang. Senang je kan!
Apa ganjaran & hadiah menarik yang korang boleh dapat tu?
Haa…Mesti korang tertunggu-tunggu kan? Kalau korang nak tahu, ada banyak hadiah menarik yang ditawarkan oleh mereka tau!
Antaranya adalah iPhone 14 Pro 128GB, MI Robot Vacuum-Mop 2 Lite, Perodua Alza 1.5AV, Samsung Smart Watch 5 (44MM), 20g Maybank Islamic Gold Account-i, Macbook Air M2 256GB dan banyak lagi. Fuhh, bukan biasa-biasa ya!
Jadi, kalau korang nak jadi pemenang bertuah ini, kena lah cepat-cepat labur dengan Maybank Islamic Zest-i ni sekarang!