Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita sanggup bertindak mengupah orang suruhan untuk membunuh suaminya dan menjadikan anak perempuannya sebagai ‘ganjaran’ kepada si pembunuh.
Artikel Berkaitan: Kecoh Bekas Suami Suruh Wanita Jual Maruah RM1K, Caprice Nak Bantu Upah Peguam
Artikel Berkaitan: Lelaki Mati Ditikam 14 Kali, Rupanya Isteri Upah 4 Kawan Lelaki Bunuh & Samun Suami
Upah pembunuh
Menerusi laporan The Thaiger, wanita dikenali Kanda Cheewasawat itu nekad melakukan perbuatan itu gara-gara tidak sanggup menjadi mangsa dera dan keganasan suaminya. Meskipun telah beberapa kali dia cuba untuk melarikan diri, namun sering gagal.
Dalam masa sama, suaminya, Phetchaburapa Meesri dipercayai seorang ‘kaki mabuk’ sepanjang 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, kesukaran mendapatkan pembunuh upahan telah menyebabkan Kanda menawarkan tugas itu kepada seorang petani miskin dari Myanmar bernama Joma Ae. Bagaimanapun, disebabkan wang upahan tersebut hanya sekitar RM52 (400 baht), Kanda telah meyakinkan lelaki berkenaan dengan menawarkan anak perempuannya.
Dengan itu, pembunuh upahan terbabit akan dapat berkahwin dengan anak perempuan Kanda apabila misi tersebut berjaya diselesaikan.
Susulan daripada itu, mayat Phetchaburap ditemui dalam keadaan yang teruk dan hampir tidak dikenali di sebuah hutan di wilayah Mae Hong Son. Difahamkan, suaminya telah dipukul sehingga mati dengan rotan buluh yang berat.
Sumber: The Thaiger