Penyanyi popular antarabangsa, Ed Sheeran berkongsi kisahnya mengalami masalah kesihatan mental pada awal tahun 2022 lalu selepas mengetahui isterinya, Cherry Seaborn disahkan menghidap tumor.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Derita Tumor Otak Pernah Dibantu Ryan Reynolds Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Enggan Jalani Rawatan Kemoterapi, Sanjay Dutt Lebih Rela Mati Sahaja
Kesihatan mental
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Ed Sheeran, 32 mengaku pernah berada di tahap terendah dan kemurungan ketika terpaksa ke mahkamah hampir setiap hari bagi menghadapi kes perbicaraan hak cipta.
Dalam pada itu, apa yang lebih menyedihkan, isterinya telah dikesan menderita ketumbuhan ketika hamil anak kedua. Malah, penyakit isterinya tidak boleh dirawat sehingga melahirkan anak. Bukan itu sahaja, Ed Sheeran memaklumkan keadaan bertambah sukar apabila sahabatnya, Jamal Edwards meninggal dunia secara mengejut.
Satu siri peristiwa mengubah hidup dan kesihatan mental sehingga akhirnya saya melihat kepada muzik serta seni.
Menulis lagu adalah terapi. Ia membantu memahami perasaan. Saya menulis tanpa memikirkan bagaimana lagu itu terhasil dan saya hanya menulis apa yang terlintas.
Album ubat jiwa
Dalam masa sama, pelantun lagu Photograph itu menjelaskan dia telah menjalani hidup dalam ketakutan, kemurungan dan kebimbangan. Bintang Hollywood ini juga memberitahu album terbaharu ini telah membuka semula jiwanya.
Saya berpusing melalui ketakutan, kemurungan dan kebimbangan. Saya berasa seperti lemas, kepala di bawah permukaan, melihat ke atas tetapi tidak dapat menembusi ruang pernafasan.
Dalam masa lebih seminggu saya menggantikan kerja selama sedekad dengan fikiran yang paling gelap.
Buat pertama kali, saya tidak cuba mencipta album yang orang ramai suka, tetapi saya hanya mengeluarkan sesuatu yang jujur dan benar dalam kehidupan dewasa saya.
Sumber: teddysphotos