Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan! pelakon, Nazim Othman memberi penjelasan mengenai gosip viral yang mendakwa dirinya kini sedang menjalin hubungan dengan Janna Nick.
Artikel berkaitan: Janna Nick & Nazim Othman Makan Cucur Udang Bersama Jadi Bualan Netizen – ‘Ala Bukan Dengan Yang Tu Ke…’
Kami kawan
Nazim yang ditemui selepas pertunjukan Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di hotel St Regis pada hari Jumaat lalu, memberitahu dia dan Janna hanya berkawan sahaja. Tambah Nazim, mereka sangat selesa apabila setiap kali berjumpa.
Memang tak lah. Ni bukan gimik atau sebagainya. Kalau nak tahu kami memang rapat dan baik. Jadi kami selesa bila berjumpa. Kami jujur dengan diri sendiri. Kami juga berkongsi nasihat dan perkara itu menjadi natural.
Disoal sama ada sudah berpunya ataupun tidak, pelakon ‘Lara Aishah’ ini berkata dirinya masih lagi single dan tidak mencari cinta melainkan ada keajaiban daripada Tuhan.
Saya masih single. Sampai tahap yang tidak mencari dan tidak menanti. Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik. Sebab saya hargai dia dan dia memahami saya. Dia baik, tabah dan kuat.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Nazim dan Janna memuat naik foto keluar bersama. Netizen dilihat menyokong sekiranya mereka berdua mempunyai hubungan yang istimewa.