Tak dapat menahan rasa sakit perut, seorang lelaki nekad membuang air besar di dalam sebuah pasu bunga yang di belakang sebuah kelab snuker.
Najis dalam pasu bunga
Memetik laporan Daily Star, kegiatan jijik individu berkenaan disedari oleh pemilik kelab snuker tersebut iaitu Philip Cross yang melihat najis manusia di dalam pasu di belakang premisnya.
Dia kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luar premisnya, namun alangkah terkejutnya apabila dia melihat seorang lelaki dengan selambanya melondehkan seluar untuk membuang air besar.
Selepas selesai dengan ‘hajatnya’ itu, pelaku dilihat mengeluarkan tisu lalu membersihkan punggungnya. Difahamkan, pelaku segera beredar dari premis itu selepas ditegur oleh individu yang melalui kawasan tersebut.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di St Peter-at-Arches, Lincoln, London sekitar jam 6 pagi.
Sumber: Daily Star