Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang lelaki Britain yang dikenali sebagai Liam Taylor mengaku bersalah atas pembunuhan teman wanitanya, Ailish Walsh dalam satu kejadian pada 15 Disember 2022.
Tikam 40 kali guna gunting
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Metro UK, kejadian tersebut berpunca selepas mangsa bertindak menghalau teman lelakinya itu keluar daripada rumahnya. Suspek yang mengetahui mangsa sedang menghamilkan anak dari benihnya (22 minggu) bertindak kejam dengan menikam wanita itu sebanyak 40 kali menggunakan sebilah gunting sehingga mati.
Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, suspek meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan bermuluran darah di pangsapuri sambil menutup mayat tersebut menggunakan jaket. Bapa mangsa yang menemui mayat anak perempuannya itu kemudian menghubungi pihak polis.
Semasa pemeriksaan dilakukan, pihak polis menemui kad bank suspek di dalam poket mangsa. Sebilah gunting berlumuran darah dan dua dumberl turut ditemui di lokasi pembunuhan. Rakaman kmera televisyen litar tertutup (CCTV) merakam suspek, 37, memasuki blok rumah mangsa sekitar 8:36pm dan meninggalkan kawasan tersebut pada jam 9:14pm.
Ketika penahanan dilakukan keesokan harinya, suspek didapati positif dadah.
Sumber: Metro UK