Pendakwah popular, Da’i Syed berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram (IG) selepas dirinya telah dibebaskan daripada pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam (Isnin).
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail turut memuat naik videonya ketika berada di fasa terendah sewaktu menjadi tahanan bagi membantu siasatan bagi tuduhan jenayah seksual.
Artikel Berkaitan: ‘Tepat 19 Ramadan Saya Dilepaskan & Dibebaskan Daripada Pertuduhan…’ – Da’i Syed
Isteri luluh lihat video, mahu ‘move on’
Dalam pada itu, isteri kepada Da’i Syed, Hana Ismail turut membuat satu hantaran menerusi Insta storynya meluahkan rasa syukur terhadap apa yang berlaku ke atas suaminya.
Menerusi hantaran tersebut, dia mengakui sedih dan luluh melihat keadaan suaminya berada di fasa terendah namun sangat kagum dengan keberanian Syed yang sentiasa tabah ketika berdepan dengan situasi tersebut.
Akhirnya keluarga kami boleh move on (melupakan) perkara ini. Suami saya sangat berani berdepan dengan situasi ini namun melihatnya pernah seperti ini (di fasa terendah), bikin luluh hati ini.
Moga dalam rahmat dan lindungan Allah selalu sayang.
Terdahulu, Da’i Syed dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah kondominium yang terletak di I-City, Seksyen 7, Shah Alam.
Sumber: Instagram