Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki bujang berusia 27 tahun yang mempunyai masalah kemurungan ditemukan meninggal dunia di dalam bilik rumahnya di Kampung Sungai Maong, Sarawak, malam tadi.
Lelaki kemurungan meninggal dunia
Sekadar gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa berhubung kematian tersebut.
Setibanya di lokasi, pihak polis mendapati mayat anak keempat daripada lima beradik itu telah diletakkan di atas tilam di dalam bilik berkenaan.
Kakak si mati memberitahu adiknya yang tidak bekerja mempunyai masalah kemurungan sejak dua tahun lalu dan disarankan oleh doktor mengambil ubat dari Klinik Psikiatri Hospital Umum Sarawak (HUS). Pihak hospital juga datang sebulan sekali untuk memberi suntikan kepada mangsa bagi merawat masalah kemurungan.
Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro