Seorang wanita Cina yang didakwa curang bermati-matian berpaut pada kaki suaminya ketika memohon di hadapan mahkamah untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, rayuannya tidak didengari kerana si suami sudah tawar hati selepas mengetahui mengenai kecurangan isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Instafamous’ Dedah Bercerai Selepas 8 Hari Kahwin
Dah bagi peluang tapi kena tipu lagi
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan Thethaiger, pasangan yang berasal dari Wilayah Hebei, China, itu sudah bertahun-tahun bersama kerana perkenalan mereka bermula sejak zaman universiti.
Suami yang dikenali sebagai Pei sering bekerja di luar kawasan (outstation), dan itu membuatkan isterinya, Lan berasa sunyi. Situasi itu menyebabkan Lan mula berhubung dengan lelaki lain melalui telefon.
Aktiviti itu terbongkar apabila Pei memeriksa telefon ketika Lan sedang mandi dan hasilnya menemui beberapa perbualan isterinya dengan ramai lelaki.
Sambil menangis teresak-esak, Lan segera meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang sama serta akan menjadi isteri yang setia.
Bagaimanapun, Lan sekali lagi kantoi apabila ‘ditangkap’ berdua-duaan dengan lelaki lain di rumah.
Susulan itu, Pei nekad untuk memfailkan penceraian terhadap Lan.
Sumber: Thethaiger