Setiap orang pasti akan merasai pengalaman kehilangan orang yang tersayang. Tentunya waktu itu merupakan waktu yang paling sedih yang berlaku dalam kehidupan kita.
Artikel Berkaitan: Tok Imam & Ayah Mimpi Minta Alih Kedudukan Dalam Kubur, Ustaz Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Pelajar Tahfiz
Baca talkin buat nenek
Terbaru, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Detective Wan membacakan talkin buat arwah neneknya yang baru sahaja dikebumikan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemuda tersebut yang mengenakan baju berwarna putih membacakan talkin dalam keadaan yang penuh sebak dan hiba.
Dapat juga dilihat keadaan cuaca yang mendung seperti menggambarkan perasaan pemuda tersebut selepas kehilangan nenek tercintanya, Maimunah binti Abdul Hamid.
@bewengmarukut77 Dia bukan pergi dia cuma berehat ?? kita terpisah sekejap je ni tok nanti jumpa balik nah?#fypmalaysia #templatecapcut #fyp? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ? original sound – Detective Wan
Video yang mendapat 4 juta tontonan itu turut mendapat respon daripada netizen.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka mendengar bacaan talkin yang dibacakan pemuda tersebut.
Video
@bewengmarukut77 Replying to @Wan Kechik siap tuan ????#fypmalaysia #fypmalaysia #fyp? #fyp ? original sound – Detective Wan
Sumber: TikTok