Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita di Brazil dilaporkan maut selepas menikmati coklat pemberian individu tidak dikenali sempena sambutan ulang tahun kelahirannya. Lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku di hadapan anak lelakinya.
Maut depan anak
Memetik laporan Mirror UK, mangsa yang dikenali sebagai Lindaci Viegas Batista de Carvalho telah menerima beberapa jambangan bunga dan makanan ringan seperti coklat oleh orang yang tidak dikenali. Namun siapa sangka, selepas menjamah salah satu coklat pemberian tersebut, mata wanita berusia 54 tahun tiba-tiba membulat sebelum dia rebah. Anak mangsa yang turut memakan coklat itu terus meludah keluar dan mendakwa rasa makanan tersebut agak pelik.
Susulan daripada insiden itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan ahli keluarga yang mendakwa makanan tersebut telah diracun.
Ahli keluarga juga mendakwa bahawa sebelum kejadian, mangsa telah diugut di media sosial dan menerima panggilan mencurigakan yang memaklumkan mangsa akan dihantar satu bungkusan atau pemberian khas.
Sumber: Mirror UK