Beberapa bulan yang lalu, tular satu video memaparkan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang secara tiba-tiba melihat ke bahagian atas sebuah masjid di Terengganu ketika menyampaikan ceramah di sana.
Video tersebut menjadi bualan dan kegusaran dalam kalangan wargamaya yang mendakwa cara pandangan UAI pada waktu itu didakwa sama seperti melihat kelibat.
Artikel Berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Pandang Atas Tiba-Tiba Cetus Tanda Tanya – ‘Semoga Allah Lindungi Ustaz..’
UAI jelaskan apa sebenarnya yang terjadi
Terbaru, UAI menjelaskan perkara sebenar yang terjadi ketika dalam satu ceramahnya baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, UAI menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengarut yang dilemparkan sesetengah netizen yang mendakwanya seakan melihat satu kelibat ketika itu.
Budak ni tanya dalam TikTok, saya tengok atas dalam masjid. Tengok apa? Ramai tanya tu. Dia kata dalam masjid, dalam TikTok ramai tanya ustaz tunjuk atas. Saya jawab tunjuk janda.
Dia yang sebenarnya budak-budak. Di bahagian atas majid ketika itu masih belum siap tapi saya dengar bunyi budak-budak panggil saya, ‘ustaz, ustaz, ustaz’. Tapi bila saya angkat kepala, dia lari.
Ada dalam empat lima orang, masa tengah-tengah ceramah dia panggil lagi. Bila saya tengok je dia lari, bila saya tengok je dia lari.
Di akhir video, UAI mendedahkan dia turut berasa lucu apabila segelintir netizen mendakwa dirinya terpandang bayangan malaikat maut dan juga Nabi Khidir.
@nobody_noname_noone Alhamdulillah terjawab jgak #ustazazharidrus #UWA #viral ? original sound – ??? ????
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa lega mereka mendengar penjelasan dibuat UAI dan mendoakan agar penceramah bebas ini sentiasa dilindungi Allah SWT.
Video tular sebelum ini
@happysokm0oUAI tengok ape kat atas tu semasa ceramah kat masjid??? mcm tengok kelibat bende je..? bunyi asal – HappySokm0o
Sumber: TikTok