Seorang wanita warga emas ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di kediamannya yang terletak di Port Dickson.
Artikel Berkaitan: Angkara Cinta Tak Berbalas, Wanita Dirogol & Digilis Kepala Sebelum Mayat Jadi Juadah Anjing Liar
Cinta tak berbalas
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidil Sham Mohamed, kematian wanita tersebut dipercayai berpunca daripada ketidakpuashatian seorang lelaki berusia 45 tahun yang berang kerana cintanya tidak terbalas.
Difahamkan, mayat wanita berusia 67 tahun itu ditemui pada 9 Mei yang lalu kira-kira jam 12.30 tengahari.
Mayat wanita warga emas itu kemudiannya terus dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.
Pada 16 Mei lalu, jam sekitar 12.50 malam, polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan pembunuhan wanita malang ini.
Suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun ditahan di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut dan hasil siasatan awal mendapati, motif pembunuhan adalah disebabkan cinta tidak berbalas.
Suspek kini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson bagi pertuduhan membunuh dibawah Seksyen 411 KK dan kes telah dirujuk kepada Pengarah Timbalan Pendakwaraya Negeri Sembilan serta kertas siasatan diklasifikasikan semula dibawah pertuduhan Seksyen 302 KK.
Sumber: Harian Metro