Adalah sangat digalakkan bagi mereka yang sudah berkahwin untuk menetap secara berasingan dengan keluarga sendiri mahupun keluarga mentua bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham di antara menantu dan mentua.
Tetapi, sekiranya ditakdirkan seseorang menantu itu perlu untuk menetap bersama keluarga mentua, amatlah disarankan untuk mereka membantu melakukan kerja-kerja rumah.
Artikel Berkaitan: Mengadu Menantu Tak Capai Piawaian, Wanita Kena ‘Basuh’ Dengan Pendakwah
Menantu dedah tak mahu tolong mentua
Namun begitu, luahan yang dikongsikan seorang wanita ini ternyata membuatkan hati netizen ‘panas’ ketika membacanya.
Menerusi satu perkongsian dibuat wanita itu kepada pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shabina, wanita tersebut mendedahkan dia kini menetap bersama suaminya di rumah mentuanya namun berkeras tidak mahu melakukan kerja-kerja rumah.
Ini kerana, dia memberikan alasan kerana terlalu segan untuk membantu melakukan kerja rumah itu serta berpendapat rumah keluarga mentuanya itu bukanlah rumahnya sendiri.
Saya baru kahwin dan dalam usaha cari rumah sendiri, tapi dalam masa yang sama saya duduk di rumah keluarga mentua saya.
Adakah okay kalau saya tak tolong buat kerja di rumah tu? Saya segan kerana itu bukanlah rumah saya. Siapa suruh suami saya lambat nak dapat rumah (baru).
Disangka akan mendapat sokongan sebaliknya, luahan wanita itu dikecam teruk oleh pengguna Twitter berkenaan.
Tolong la sikit sikit anon. Walaupun rumah orang, kan duduk sama sama. Tolong maintainkan kebersihan dalam rumah tu pun tak apa.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan wanita tersebut serta menasihatinya untuk bersikap ringan tulang membantu keluarga mentua melakukan tugasan rumah.
Sumber: Twitter