Tambah pengetahuan anda tentang industri dan selok-belok dunia digital di d Conference and d Awards 2023 yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun ini bertempat di Bangsar South.
Barisan panel hebat dalam industri
Malaysian Digital Association (MDA) sebagai penganjur bakal mengadakan satu persidangan yang berlangsung selama satu setengah hari. Program ini akan membawa pakar-pakar bagi berkongsikan pandangan mereka tentang pemasaran digital, teknologi dan data.
Menurut Presiden MDA, Eileen Ooi berkata tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk mengumpulkan para pemain industri digital dalam mengembangkan e-ekonomi negara ini.
Objektif persidangan ini adalah untuk mengumpulkan individu terbaik daripada semua subset digital ekonomi dalam usaha untuk meneroka dan mengembangkan lagi kemahiran mereka untuk memacu e-ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Bukan itu sahaja d Conference boleh dituntut dari HRD Corp, menjadikannya satu peluang terbaik untuk para pemain industri membina rangkaian, bertukar idea dan saling belajar antara satu sama lain.
Justeru itu, d Conference bakal menampilkan 20 barisan penceramah di dalam lebih 18 sesi antaranya adalah Ketua Asia Tenggara BytePlus, Kenny Tan adalah antara penceramah yang akan berkongsi pandangan mengenai Next-Level Customer Engagement Beyond the Screen sementara Ketua Annalect OMG Malaysia, Daler Kendzhaev akan membentangkan tentang Digital Outlook untuk tahun 2023 dan 2024.
Pengerusi Penganjur MDA d Conference dan d Awards 2023, Tan Lee Chin berkata barisan panel adalah terdiri daripada pakar di dalam industri masing-masing.
Akan ada pertukaran pandangan yang dinamik bukan hanya untuk memperoleh bahagian yang lebih besar daripada pai digital, tetapi juga menjadikan pai itu lebih besar untuk semua berkembang maju.
d Awards
Pada hari kedua iaitu 23 Jun ini, d Awards akan memberikan penghargaan kepada kempen digital terbaik serta menyaksikan kelahiran Digital Person of The Year dan Rising Star.
Lebih menarik, anugerah Grand Pix akan diberikan kepada pemenang dengan markah tertinggi daripada semua kategori kempen. Bagi agensi atau pembekal perkhidmatan digital dengan markah tertinggi pula bakal dinobatkan sebagai Digital Impact of the Year.
Timbalan Pengerusi MDA d Conference dan d Awards 2023, Yee Wing berkata tema persidangan bagi tahun ini adalah ‘Kemunculan’.
Kita telah menyaksikan digitalisasi yang pesat dalam tempoh beberapa tahun yang lepas, dan d Conference dan d Awards 2023, bertemakan ‘Kemunculan’, akan memberikan kita peluang untuk melihat kembali akan transformasi digital, menerokai peluang baru dan menanda tahap digital baru secara kolektif.
Anda jangan lepaskan peluang hebat ini dengan mendapatkan tiket segera! Harga tiket bagi d Conference adalah RM2,000 bagi setiap peserta (HRD Corp boleh dituntut), sementara meja-meja untuk pembentangan d Awards dan malam gala berharga RM3,500 bagi setiap meja yang boleh memuatkan seramai 10 orang.
d Conference dan d Awards 2023 dijayakan oleh penaja platinum BytePlus dan penaja utama Media Prima OMNiA. Rakan strategik acara terdiri daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), 4As, Malaysian Advertisers Association (MAA), Internet Alliance Malaysia dan Persatuan Industri Komputer Dan Multimedia Malaysia (PIKOM).
Daftar sekarang di https://d-conference.com.my/ atau https://www.d-awards.com.my/.