Media Prima Berhad (MPB) bersama Dattel Asia Group (DTL) akan menganjurkan acara pemasaran terulung OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima (OHSEM360), di Malaysia pada 10hb Ogos 2023 bertempat di Hotel Pullman, Bangsar.
Tema iklan, AI, konten
Acara OHSEM360 yang disokong oleh unifi Business, OMNIA dan REV Media Group sebagai rakan strategik Platinum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mengenai teknologi dan solusi pemasaran terkini.
OHSEM360 mengetengahkan tiga tema utama iaitu iklan, AI dan Konten bertujuan untuk memastikan pemasaran produk dan perkhidmatan PKS mendapat ROI yang dikehendaki dengan kos yang paling efektif.
Bicara OHSEM turut menampilkan pengacara terkenal Nazruddin Abdul Rahman (hos Jalan Jalan Cari Makan). Terdapat juga 30 bengkel dan sesi kelas induk, serta 40 peserta pameran yang mempamerkan teknologi dan penyelesaian pemasaran.
Pakar industri
Selain belajar daripada pakar industri, PKS akan berpeluang mendapatkan pakej pengiklanan dan penyelesaian pemasaran pada kadar diskaun yang tinggi. Peserta yang hadir berpeluang mendapat baucar pengiklanan bernilai RM7,000 secara percuma, akses kepada platform data pengguna bernilai RM10,000 dan diskaun sehingga 85% peratus untuk produk pengiklanan dan teknologi pemasaran.
Di antara pakar industri yang akan berkongsi termasuklah En Ashran Dato Ghazi (CEO Dattel Asia Group), En Mohd Effendi Omar (COO, Media Prima OMNIA), Ts Yusman Ammeran (Ketua Unit SME, unifi Business), Pn Nadira Yusoff (CEO Kiddocare), Dato Abdul Al Halim Al Fadzil (CEO, Alha Alfa Legacy), Richard Ker (CEO, Richard Ker Digital), Datin Norashikin Habibur Rahman (COO, WOW Shop) dan ramai lagi.
CEO Dattel Asia Group iaitu Ashran Ghaz menyatakan bahawa OHSEM360 bertujuan menyediakan platform buat PKS untuk mengambil tindakan segera bagi perniagaan mereka.
OHSEM360 guna pelbagai platform
Topik-topik yang akan dikongsi semasa OHSEM360 merangkumi pengiklanan di pelbagai platform seperti TV, Radio, DOOH, Laman Kandungan Premium REV, Laman Media Sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
Topik yang akan menarik minat usahawan termasuklah peluang untuk pamer dan jualkan produk melalui WOWShop dan juga pencerahan mengenai rangkaian audien digital terbesar di Malaysia (REV Media Network).
Ketua Unifi Business iaitu Mohamad Yusman Ammeran, pihaknya sentiasa prihatin dan peka kepada kehendak PMKS.
Sokongan kami kepada OHSEM360 berlandaskan aspirasi kami dalam membantu transformasi pendigitalan perniagaan PMKS.
Untuk mendapat kesemua insentif, anda hanya perlu daftar kehadiran anda di www.ohsem360.com dan hadir pada 10hb Ogos untuk tebuskan insentif-insentif tersebut kerana semua ini terhad pada hari OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima sahaja.