Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai seorang wanita telah menghilangkan diri sehari selepas melangsungkan pernikahannya.
Isteri lari dengan bekas kekasih
Wanita yang dikenali sebagai Anggi telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Fahmi Husaeni paa 25 Jun lalu. Namun siapa sangka, pada keesokan harinya iaitu pada 26 Jun, Anggi dilaporkan hilang. Fahmi yang mulai bimbang akan keselamatan isterinya mula melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki wanita terbabit namun tiada sebarang petunjuk yang ditemui. Sehinggalah pada 4 Julai, Anggi menghubungi ibunya dan memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Beberapa hari kemudian iaitu pada 7 Julai, Anggi ditemui berdua bersama bekas teman lelakinya, Adriaman Lase. Hasil siasatan awal mendapati, Anggi kemungkinan tidak mencintai Fahmi sepenuh hatinya dan disebabkan itu, dia nekad melarikan diri bersama bekas kekasihnya. Menurut sumber, Anggi dan Adriaman pernah menjalinkan hubungan selama empat tahun.
Sebenarnya mereka (Anggi dan Fahmi) sudah bercinta selama lima bulan. Mungkin Anggi berasa terpaksa dan dia masih cinta Adriaman yang akhirnya membuatkan mereka kembali lagi, motifnya asmara.
Menurut sumber, Anggi kemungkinan gusar kerana Adriaman tidak memberikan kepastian dalam hubungan mereka. Disebabkan hubungannya digantung Adriaman, Anggi bersetuju ketika diajak nikah oleh Fahmi.
Sumber: Bogor Tribunnews