Freedom Festival 2023 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bersempena dengan pelancaran Scrambler Ducati 2023 iaitu Scrambler Icon, Nigshift dan Full Throttle.
Tumpuan utama
Freedom Festival 2023 merupakan festival yang mempamerkan barisan model baru Scrambler dan pengunjung menjadi antara yang pertama menyaksikan generasi terbaru Scrambler Ducati 2023 itu.
Peminat Ducati telah berkesempatan menikmati suasana penuh berketerujaan di festival tersebut yang berlangsung dari 4 hingga 6 Ogos 2023 lalu di The Square, Publika.
Menurut Ketua Operasi Ducati Malaysia, Dennis Micheal berkata kejayaan Freedom Festival menunjukkan sambutan hebat dan penerimaan yang baik terhadap model-model Scrambler yang terbaharu itu.
Next-Gen Freedom Festival menandakan sambutan terhadap ‘Land Of Joy’ Scrambler yang semakin berkembang.
Scrambler generasi terbaru ini terus meningkatkan aras keseronokan dan individualiti. Kami juga berbesar hati dapat jalinkan kerjasama dengan rakan-rakan kami yang dihormati untuk menjadikan festival ini satu kenyataan.
Scrambler Ducati generasi terbaru boleh didapati di pengedar rasmi seluruh negara. Scrambler Icon dipasarkan dengan harga RM62,900.00 sementara Nighshift dan Full Throttle pula berharga RM69,900.00.
Selain pelancaran model Scrambler, terdapat juga tawaran istimewa yang dijual di festival tersebut termasuk pakaian dan aksesori.
Kolaborasi jenama-jenama terkenal
Dalam pada itu, kolaborasi dengan pelbagai jenama terkenal telah memeriahkan lagi suasana festival berkenaan dengan setiap jenama mempamerkan tawaran masing-masing di tapak khas.
Antaranya adalah minuman dari Costa Coffee dan Monster Energy, jam tangan istimewa dari Tissott, trend dan gaya cermin mata terkini dari Carrera, pelbagai produk dan model tawaran Pirelli serta persembahan dan kreativiti daripada pelajar Limkokwing University.
Bagi menerima kemas kini dan informasi terbaru tentang jenama, produk dan acara Ducati, anda boleh ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.