Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah salah seorang anggota kumpulan NCT iaitu Jaehyun telah ”diintip’ oleh peminat obsesif.
Peminat ceroboh bilik Jaehyun
Menerusi beberapa video yang tular, dilihat peminat berkenaan menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik hotel yang didiami kumpulan itu di Amerika Syarikat. Difahamkan, individu berkenaan memasuki bilik tersebut ketika ketiadaan Jaehyun.
Lebih mengejutkan apabila individu itu dengan selambanya merakam setiap sudut bilik tersebut selain turut membuat siaran langsung di media sosial. Beberapa barangan peribadi Jaehyun termasuk baju tidur, botol air, ubat-ubatan dan bagasi dilihat tersusun di dalam bilik berkenaan.
Tindakan tersebut telah mendapat kritikan ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan sikap individu terbabit yang dianggap tidak menghormati privasi Jaehyun. Mereka juga bimbang akan keselamatan penyanyi kesayangan mereka sekiranya bertemu dengan peminat obsesif seperti individu terbabit.
Susulan daripada itu, pihak pengurusan SM Entertainment dengan kerjasama pihak berkuasa sedang giat menjejaki penceroboh berkenaan.
Sekadar info, NCT terlibat dengan konsert jelajah di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Video
this was rushed bc the circumstances buttttt that hotel key card though ????? https://t.co/4Cl7X5YPi6 pic.twitter.com/AupTyQYFOV
— judy ? moody (@sunkissedviews) August 20, 2023
Sumber: Koreaboo