Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki yang didakwa menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju dilepas dan dibebaskan daripada 23 pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan.
Tertuduh dilepas dan dibebaskan
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Abu Bakar Jais, yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun, menolak rayuan pendakwaan selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan perayu kedua daripada semua pertuduhan membunuh.
Seramai 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang terbakar dalam kejadian 14 September 2017.
Ketika kejadian, tertuduh berusia 16 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati kerana adalah pesalah di bawah umur 18 tahun. Seramai 71 saksi, manakala enam saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) akta sama.
Sumber: Harian Metro