Pelakon Sweet Qismina menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Comelnya Baby Bump’ – Sweet Qismina Berbadan Dua?
Artikel Berkaitan: Pernah Tolak Tawaran Adegan Intim Semasa Bertunang, Adam Lee Mahu Jaga Hati Sweet Qismina
‘buncit’
Menerusi perkongsian video di TikTok Mingguan Wanita, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata dia masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.
Bagaimanapun menurut isteri kepada aktor Adam Lee itu, dia tidak mengambil hati sekiranya ada orang yang menganggap dirinya sedang hamil dan bertanyakan mengenai usia kandungan.
Kalau orang tanya saya ‘dah berapa bulan’? Ini perut buncit je. Saya jujur, Saya takkan terasa sebab pada saya apa yang orang cakap itu adalah doa untuk saya.
Kita tak boleh nak marah diorang sebab diorang tak tahu pun betul ke tak betul. Tapi apa yang diorang cakap itu menggembirakan saya sebab itu adalah doa mereka.
Saya akan cakap ‘belum lagi, doakan untuk saya’. Sebab tak tahu dalam 10 ribu orang itu, siapa salah seorang itu yang doanya akan diangkat.
Sebelum ini, penampilan Sweet yang memperlihatkan keadaan perutnya seakan-akan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis menjadi bualan hangat wargamaya.
Untuk rekod, Sweet mendirikan rumah tangga dengan Adam Lee pada 24 Oktober tahun lalu.
Sumber: TikTok