Gambar sekadar hiasan
Seorang bayi perempuan disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tempat letak kereta yang terletak Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras pada Khamis.
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Dia Meraung Allahuakbar’ – Bayi Maut Tertinggal Dalam Kereta, Rakan Sekerja Kongsi Detik Cemas
Ibu lupa hantar pergi taska
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, bayi tersebut dipercayai keluar dari rumah bersama ibunya yang merupakan doktor di hospital tersebut pada kira-kira jam 7.20 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama selepas hampir 10 jam ditinggalkan dalam kereta tersebut.
Siasatan awal mendapati, pada 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan mangsa di tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska.
Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan bayi itu sudah dihantar ke taska.
Tambah Zam Halim lagi, ibu mangsa hanya menyedari mengenai mangsa yang tertinggal di dalam kereta selepas suaminya dihubungi pihak taska mengenai mangsa yang tidak dihantar pada hari kejadian.
Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Sumber: Harian Metro