Hanya kerana lewat menyediakan susu anak, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas atas pertuduhan sengaja mencederakan isterinya pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Suami Cederakan Isteri Kerana Enggan Bersanggama, Adik Tampil ‘Back Up’ – ‘Dah Ma** Dengan 4 Jantan’
Baling kipas pada isteri
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, tertuduh, Shahmoonzhir Mohd Nazim, 32, didakwa melakukan kecederaan terhadap isterinya dengan cara membaling kipas di rumah kediaman mereka yang terletak di Bukit Lintang, Melaka pada kira-kira jam 12 tengah malam.
Walau bagaimanapun. Shahmoonzhir mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di di hadapan Majistret, Nabilah Nizam.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.
Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, pihak pendakwaan Hakim mencadangkan agar tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM10,000 dan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu isterinya dan saksi pendakwaan.
Tertuduh bagaimanapun memohon agar jumlah jaminannya itu dikurangkan dengan alasan perlu menanggung anak yang masih kecil.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh untuk membayar ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 November depan bagi sebutan lantikan peguam dan serahan dokumen.
Sumber: Berita Harian