Isteri kepada pelumba CKJ Racing Team, Md Izzat Zaidi Md Salehan iaitu Elysha Norazlan menitipkan doa buat suaminya yang ketika ini dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Artikel Berkaitan: Pelajar Malaysia Di Manchester Kritikal, Terlibat Kemalangan Basikal Dengan Bas
‘Kami rindu awak’
@elyshanorizal_ Saya tahu awak kuat kan sayang! Anak anak tunggu daddy dekat rumah tu ??????? Allahuakhbar.. We miss you so so muchhhh ??? #izzatzaidi #mdizzatzaidi98 #cubprixmalaysia ? Dawai – Fadhilah Intan
Menerusi hantaran di TikTok, Elysha memuat naik video kemalangan suaminya itu sambil berlatar belakangkan lagu sedih dari Indonesia berjudul ‘Dawai’ nyanyian Fadhilah Intan.
Elysha turut memaparkan keadaan suaminya yang diusung oleh beberapa orang jururawat sebuah hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan di sana sambil menulis dirinya dan anak-anak akan sentiasa menunggu dan menanti agar suaminya itu cepat sembuh.
Saya tahu awak kuat kan sayang. Anak anak tunggu daddy dekat rumah tu, Allahuakhbar.
Kami rindu sangat dekat awak.
Pohon doa orang ramai
View this post on Instagram
Sementara itu, menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Elysha tampil meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat suaminya itu.
Menurut Elysha, Izzat kini bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas menjalani pembedahan.
Assalamualaikum, saya isteri kepada Md Izzat Zaidi ingin memohon doa kalian agar diberikan keajaiban serta kesembuhan buat suami saya.
Izzat telah menjalani pembedahan disebabkan banyak kecederaan di bahagian paru-parunya dan sebahagian tulang rusuk yang patah. Izzat kini bergantung 100% pada mesin bantuan pernafasan dan buat masa sekarang ditempatkan di ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Keadaannya sangat kritikal. Semoga Allah SWT mudahkan urusan dan angkat segala penyakit beliau.
Terdahulu, Izzat yang merupakan pelumba CKJ Racing Team dilaporkan kritikal dan mengalami kecederaan yang teruk seperti patah tulang rusuk kiri dan pendarahan pada paru-paru selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu sesi ‘Super-Pole’ pada perlumbaan Cub Prix Malaysia yang diadakan di Litar Bandar Medini,Iskandar Puteri pada Sabtu.
Menerusi video yang tular, Md Izzat dipercayai melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.