Bila sebut pasal datang bulan ni pastinya kaum wanita di luar sana pernah berdepan dengan masalah kebocoran sehingga meninggalkan kesan tompokan pada seluar atau pakaian.
Tentunya situasi itu sedikit sebanyak akan membuatkan anda berasa segan lebih-lebih lagi jika ia berlaku di hadapan orang awam.
Artikel Berkaitan: ‘Laki Kau Pakai Boxer Koyak Pun Sweet’ – Hidup Pasangan Ini Berubah Selepas Ada Anak Namun…
BF sanggup berboxer bagi pakai seluar
@dedeeerrr__ ? #mbataylor ? all too well – m??
Itulah situasi yang dialami seorang wanita ini apabila mengalami kebocoran sehingga menampakkan kesan darah haid pada seluarnya yang berwarna putih.
Menerusi video yang tular di TikTok, pengguna yang menggunakan nama @dedeeerrr itu difahamkan sedang keluar menonton wayang bersama teman lelakinya namun secara tiba-tiba mengalami ‘kebocoran’.
Melihat situasi tersebut, lelaki tersebut lantas memberikan seluar yang dipakai bagi menutup perasaan malu dan segan teman wanitanya di hadapan khalayak ramai.
Saya pernah mengalami ‘kebocoran’ ketika mengenakan seluar putih saat menonton wayang.
Teman lelaki saya kemudiannya meminta saya menggunakan seluar yang dipakainya.
Nak dijadikan cerita, teman lelakinya itu pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk membeli seluar yang baharu namun apa yang menghiburkan ialah, lelaki tersebut memilih untuk membeli seluar jenis ‘boxer’ berona kuning.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat ‘pengorbanan’ yang dilakukan teman lelaki wanita tersebut.
Mereka juga menasihatkan wanita tersebut untuk terus menjaga hubungannya dengan lelaki terbabit yang dilihat mempunyai ciri lelaki yang sangat budiman.
Sumber: TikTok