Program bual bicara Women Talk kini kembali dengan musim keempat bagi mengupas serta menceritakan mengenai isu semasa serta hal kehidupan golongan para wanita.
Women Talk kembali lagi
Bersiaran sebanyak 10 episod, Women Talk pada musim terbaharu ini akan dihoskan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Sazzy Falak. Program bual bicara yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris ini akan membincangkan pelbagai bidang kepakaran seperti politik, kewangan, keusahawanan, undang-undang, fesyen dan banyak lagi bersama tetamu jemputan.
Antara topik-topik yang akan dikupas termasuklah ‘Raising Children: Navigating Parenthood’ iaitu khas buat mereka yang baru bergelar ibu bapa, mengendalikan perkahwinan di alam digital, melancong secara solo untuk para wanita, isu kemiskinan haid dan lain-lain.
Episod pertama ‘Second Wave of Career Changes: In Your Middle Age’ akan membincangkan tentang perubahan kerjaya di pertengahan umur, mencari kepuasan dalam mengejar minat yang diidamkan atau menangani perkembangan peribadi.
Nantikan perkongsian ilmiah di program bual bicara Women Talk yang akan mula bersiaran pada 28 Oktober 2023, setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang di TV3. Penonton juga boleh strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.