Foto: Kosmo
Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus, Terengganu.
Maut tertinggal dalam kereta
Memetik laporan Kosmo, mangsa yang merupakan anak kepada seorang kakitangan IPTA terbabit ditinggalkan secara tidak sengaja oleh bapanya di dalam kereta.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, lelaki itu dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan universiti berkenaan pada sebelah pagi dan hanya menyedari perkara itu sekitar 4:30 petang.
Lelaki itu kemudian bergegas membawa bayinya ke pusat kesihatan namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan sudah meninggal dunia.
Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.
Sumber: Kosmo