Ibu kepada penyanyi Bad Indigo iaitu Sharizan Abdul Ghani menyifatkan arwah sebagai seorang anak yang baik dan soleh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Bad Indigo Selamat Dikebumikan
Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Menggigil & Hilang Kata Tahu Bad Indigo Meninggal – ‘Kami Dah Lama Tak Hubungi Selepas Cerai’
‘Dia anak yang soleh’
Terkejut dengan pemergian anak tercinta, Sharizan berkata dia ada menghubungi arwah lewat petang semalam untuk bertanyakan sama ada sudah makan atau belum.
Arwah seorang anak yang baik dan soleh, dia menjaga saya sebaik-baiknya. Ke mana sahaja yang saya pergi dia akan bawa.
Saya betul-betul terasa dengan kehilangan dia, saya akan menghubungi dia setiap hari untuk tanya khabar. Tanya dia dah makan ke belum.
Semalam dalam pukul 6 petang pun saya telefon tanya makan apa. Dia jawab dia balik rumah lambat sikit. Memang mengejutkan. He is very good son, anak yang soleh.
Sharizan berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, pada Jumaat.
Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya.
Semalam, Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.
Berita awal pemergian arwah dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Sekadar info, Bad bergelar bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.