Di Instagram, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali memuat naik video majlis akad nikahnya yang berlangsung pada 23 Oktober yang lalu.
Artikel Berkaitan : Fizi Ali Tamat Zaman Duda Dengan Rakan Niaga
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Saya Bila Berjumpa Dengan Seseorang Yang Ada Anak Perempuan Juga’ – Fizi Ali
Sweet!
Menerusi video tersebut, Fizi berkongsi momen di mana isterinya, Siti Zulaikha sedang bersiap sebelum acara akad nikah bermula. Bukan itu sahaja, video tersebut turut memperlihatkan Fizi yang berada dalam keadaan tenang ketika upacara akad nikah tersebut berlangsung.
Lebih mencuri tumpuan, pasangan ini sempat merakam momen bahagia mereka di sebuah pasar raya terkemuka di sekitar ibu kota. Fizi dan isteri juga kelihatan tidak kekok sama sekali ketika merakam momen tersebut di kawasan awam.
Ujar netizen, mereka turut tersenyum sebaik sahaja melihat raut wajah bahagia yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut. Jelas netizen lagi, suasana dan lokasi penggambaran yang dipilih oleh Fizi dan isteri sangat sesuai serta unik buat pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Video
View this post on Instagram
Menurut Fizi, dia berasa sangat bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan.
Alhamdulillah syukur. Banyak doakan yang baik-baik untuk kami. Tak terbalas satu-satu ucapan dan doa semua. Terima kasih semua. InsyAllah doa yang baik-baik kembali dekat korang juga.
Terdahulu, majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai itu dilihat berjalan dengan lancar.
Sumber: Fizi Ali