Satu kejadian mengejutkan berlaku di mana seorang lelaki diserang secara seksual oleh seekor kera ketika tidur di bilik hotelnya di Kemboja.
Artikel Berkaitan: Dera Monyet Sampai Mati, Moderator TikTok Bakal Didakwa
Lupa tutup tingkap
Menerusi laporan Thaiger News, mangsa yang merupakan seorang pelancong dari Britain itu dilaporkan terlupa untuk menutup tingkap bilik hotelnya.
Pada malam kejadian, mangsa tidur dengan nyenyak akibat keletihan sehingga terlupa untuk menutup tingkap bilik.
Disebabkan itu, seekor kera telah menyelinap masuk ke dalam bilik ketika mangsa sedang tidur dan menyerangnya secara seksual.
Rakan-rakan yang melihat kejadian itu terkejut lalu mereka membantu mangsa dengan memanggil kera itu dari tingkap secara berhati-hati supaya ia tidak menggigit mangsa yang sedang tidur.
Sebaik sahaja mangsa tersedar, dia terus menempah tiket penerbangan untuk pulang ke Britain.
Sekadar info, bonobo, kera dan cimpanzi melakukan aktiviti seksual untuk keseronokan, sama seperti manusia. Pakar telah menyebut bahawa kera ekor panjang telah menggunakan batu sebagai mainan seks.
Sumber: Thaiger News