Penyanyi dan komposer Yonnyboii mendedahkan kehidupannya berubah sebanyak 180 darjah selepas bergelar seorang bapa.
Artikel Berkaitan: Yonnyboii Dapat ‘Baby Boy’, Sempat Keluar Dating Tonton ‘Barbie’ Sebelum Bersalin
Artikel Berkaitan: Yonnyboii Bersihkan Nama Isteri, Kenyataan Tentang Pakaian Seksi Bukan Nazira Tulis – ‘Dia Hanya Repost’
Berubah 180 darjah
Ketika ditemui OhBulan!, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, dia lebih banyak meluangkan masa bersama anak berbanding keluar melepak dengan rakan-rakan.
Baby dah nak masuk empat bulan, saya sangat ceria dengan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga saya dan isteri. Keceriaan itu boleh nampak dekat muka saya.
Bila ada baby kehidupan saya berubah 180 darjah, bertukar jadi orang lain. Kalau dulu saya banyak keluar lepak, sekarang dah jarang keluar lepak. Fokus pada baby saya.
Malah kalau saya keluar bekerja pun saya boleh dengar dia menangis dekat telinga saya.
Saya juga lebih rapat dengan kawan-kawan yang sudah bergelar bapa. Komuniti saya sekarang pun lain. Senang kata memang best perasaan itu.
Sementara itu, ketika ditanya adakah susah bergelar bapa pada usia yang muda, Yonny menjawab tidak menjadi kesukaran untuknya memandangkan dia masih lagi mempunyai tenaga yang banyak.
Pada usia 25 tahun menjadi bapa saya tak anggap ia terlalu muda, ngam-ngam je. Saya rasa masih ada tenaga untuk jaga anak pada waktu malam dan pagi.
Saya sangat bersyukur dapat banyak masa diluangkan dengan anak meskipun sibuk dengan kerjaya seni.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit itu turut berkongsi ragam bayinya bernama Kairo yang sering terjaga pada waktu malam.
Dia memang suka bangun malam macam bapa dia, tak tidur malam. Kadang kena paksa dia bangun pagi supaya malam dia boleh tidur. Awalnya memang susah nak buat, lama-lama okay.
Untuk rekod, Yonny mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nik Nazira pada 20 November 2021.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kairo yang dilahirkan pada Julai lalu.