Aktivis kemanusian, Datin Seri Heliza Helmi berpendapat segelintir pempengaruh media sosial dan selebriti tidak perlu berasa risau sekiranya ‘periuk nasi’ mereka terganggu disebabkan menyatakan sokongan terhadap Palestin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi & Hazwani Helmi Terangkan Mengapa Israel Rebut Tanah Pales***
Jangan takut
Menerusi temu bual eksklusif dalam program Show Dalam Bilik, Heliza berkata, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak gentar menyatakan sokongan terhadap Palestin dalam media sosialnya sedangkan penyanyi itu bekerjasama dengan banyak jenama terkemuka.
Menurut Heliza, seseorang itu perlu percaya bahawa setiap rezeki itu datang dari Allah.
Kalau lihat sekarang, artis dengan followers terbanyak di Malaysia, Siti Nurhaliza dan Neelofa, mereka memegang produk dan jenama yang terkenal. Adakah artis top seperti mereka tidak bercakap tentang Palestin? Dekat situ kita lihat yang mereka artis terkemuka pun berjuang untuk Palestin.
Macam saya sendiri, Instagram saya sudah hampir kena buang. Saya terdengar pesanan seorang ulama iaitu Al Habib Ali, dia kata kalau lihat doa itu sesuatu perkara yang kecil, maka kecil la.
Namun kalau faham maksud doa itu sendiri iaitu doa senjata orang mukmin. Maka kita akan rasa doa itu besar, maka Allah akan beri sesuatu yang besar.
Malah, waktu saya dapat tahu Instagram nak kena buang, saya buat Instagram satu lagi sebagai back up. Minta semua orang doa, sebab nak guna platform itu sebagai gudang rezeki.
Jangan takut dengan rezeki dan client, kerana client itu pun dapat rezeki dari Allah. Bahaya kalau ada rasa takut tiada punca rezeki. Rakyat Malaysia sangat prihatin, mereka akan sentiasa sokong kalau kita buat kebaikan.
Sementara itu, adik kepada Heliza iaitu Hazwani Helmi berkata, segelintir pempengaruh dan selebriti perlu memperbetulkan semula niat mereka bahawa rezeki itu bukannya datang dari manusia.
Guru saya pernah berpesan, pertama sekali perlu bersangka baik. Tidak semua orang ada kefahaman tentang isu Palestin ini. Ada juga yang cakap dengan saya, isu ini nanti akan perang semula, gencatan senjata kejap kemudian perang balik.
Inilah yang dimaksudkan dengan pejuangan, kalau rasa risau atau takut kerana menganggap rezeki datang dari makhluk Allah, itu perlu diperbetulkan semula. Rezeki memang datang dari Allah.
Yakinlah, pasti banyak rezeki yang Allah akan bagi. Contoh yang berlaku di Malaysia, sesetengah artis berhijrah iaitu berhijab, mungkin ada yang risau tak boleh berlakon lagi, tapi Allah buka peluang ada pekerjaan lain.
Siapa jaga agama Allah, Allah akan jaga dia. Jangan risau sekiranya periuk nasi terganggu.
Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama The Helmi’s ? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi OhBulan!