Fanzi Ruji, seorang content creator dan penyanyi yang gemar cover lagu-lagu bergenre pop, balada dan banyak lagi di platform Youtube dan TikTok.
Kini, beliau telah mengeluarkan sebuah single iaitu Mata Hati yang kini menjadi salah sebuah lagu OST untuk drama Bukan Sekadar Lafaz di TV3.
Lagu Mata Hati ini merupakan kerjasama Alternate Records bersama Marsha Londoh Entertainment.
Artikel Berkaitan: Wanna Ali Duet Lagu Cinta ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Dengan Bapa Tiri
Mata Hati
‘Mata Hati’ mengambil masa selama 4 jam dalam proses pembikinan dan lagu tersebut merupakan hasil nukilan komposer berbakat iaitu Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat yang turut menjadi penulis lirik lagu ini. Lirik lagu Mata Hati mengisahkan tentang ekspresi penghargaan kepada pasangan kekasih dan ikatan janji untuk sehidup semati bersama.
Ia merupakan sebuah lagu cinta yang dapat memberi kesan dan terus mencuri perhatian para pendengar dengan melodi yang romantik. Apabila diperdengarkan, “Mata Hati” mudah difahami dan turun ke dalam hati tetapi mempunyai makna yang kuat pada liriknya.
Kali pertama mendengar demo lagu “Mata Hati” saya terus dapat merasakan vibe daripada melodi dan lirik lagu ini kerana mudah difahami dan terus tersentuh di hati.
Menurut Fanzi, keunikan yang ingin ditonjolkan di dalam lagu “Mata Hati” adalah cara pembawakannya iaitu ia sedap didengari tetapi konsep genre pop balada Melayu yang juga mempunyai sedikit unsur fresh ala-ala Korea menjadikan ia mencabar untuk dinyanyikan.
Lagu ini merupakan salah sebuah lagu OST untuk drama Bukan Sekadar Lafaz yang diinspirasikan oleh novel karya Sophilea. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Menggabungkan pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Dr. Ahmad Idham dan ramai lagi.
Oleh itu, korang jangan lepaskan peluang untuk muat turun lagu ‘Mata Hati’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.