Pelakon Remy Ishak mendedahkan pernah depan situasi yang mana dirinya berasa kosong dan sunyi.
Artikel Berkaitan: Remy Ishak & Isteri Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali Di IG
Artikel Berkaitan: ‘Tabik Untuk Semua Ibu Di Luar Sana! Korang Memang Kuat’ – Ezza Yusof
‘Tuah lahir, semuanya berubah’
Malah, menurut Remy, jiwanya bertambah sepi selepas pemergian bapa tercinta, Ishak Idris pada Disember 2019.
Bagaimanapun, selepas kehadiran cahaya mata sulung yang diberi nama, Tuah Alam, aktor itu akui segalanya berubah dan kehidupannya kembali bersinar semula.
Ada satu waktu dalam hidup, saya rasa kosong. Lepas ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup dan jiwa.
Tapi bila Tuah lahir, semuanya berubah.
Remy berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian video di TikTok miliknya.
Pada video tersebut turut memperlihatkan Remy berkongsi beberapa momen dan aksi mesra bersama Tuah Alam.
Dalam pada itu, Remy berkata dia akan berusaha menjadi seorang bapa yang baik kepada anaknya.
Insya-Allah, saya akan menjadi versi diri saya yang paling baik sebagai bapa. Ayah sayang Tuah.
Sekadar info, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.
Pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Tuah Alam pada hujung Julai lalu.
Video
@remyishaktiktokada satu waktu dalam hidup, aku rasa kosong, lepas arwah ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup & jiwa aku. Tapi bila Tuah lahir semuanya berubah. In shaa Allah, ‘ll be the very best version of me as a father. Ayah sayang Tuah.? original sound – ? Lirik Pendek ?
Sumber: TikTok