Seorang pemuda di Indonesia ditahan polis selepas didapati bersalah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 9 bulan.
Budak 2 tahun kena cabul
Menerusi laporan yang dipetik daripada Borneo News, perbuatan yang suspek, 22, hanya terbongkar selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluan ketika membuang air kecil.
Ibu mangsa yang menyedari perkara tersebut kemudian bertanya kepada anaknya dan mangsa menceritakan kejadian sebenar yang dilakukan suspek.
Mengetahui perkara tersebut, ibu mangsa memeriksa kemaluan anaknya dan mendapati terdapat kesan lebam. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek akhirnya ditahan. Semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan pencabulan itu menggunakan tangannya. Namun apabila ditanya motif tindakannya itu, suspek hanya mendiamkan diri.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Borneo News