Pelakon Pablo Amirul mendedahkan kisah pahit yang terpaksa dilalui olehnya gara-gara kerap membawakan watak antogonis.
Artikel Berkaitan: ‘Risau Perkataan Jahat Keluar Dari Mulut Ketika Di Makkah & Madinah’ – Janna Nick Kongsi Cabaran Pegang Watak ‘Misha’
Tak mahu jual kuih
Menerusi laporan BH Online, Pablo Amirul mengaku sering menjadi mangsa kebencian masyarakat. Ujar Pablo, dia pernah berkongsi insiden berdepan seorang peniaga wanita yang enggan menjual kuih kepadanya hanya kerana percaya dia jahat.
Paling tidak dapat saya lupakan adalah kejadian di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, apabila ada seorang makcik tak mahu jual kuih kepada saya sebab terbawa-bawa perasaan benci terhadap watak lakonan.
Saya kemudian meminta pembantu peribadi untuk ‘borong’ semua kuih jualannya sambil memberitahu pembeli kuih itu adalah orang yang dibenci.
Selepas tahu kisah sebenar, makcik itu senyum kerana tidak sangka orang yang dibenci itulah yang membeli kuihnya.
Saya ‘borong’ semua jualannya bukanlah kerana marah, sebaliknya, saya anggap lucu. Saya juga terharu kerana lakonan saya menjadi.
Jelas Pablo, dia tidak terasa hati dengan salah tanggapan masyarakat terhadap dirinya. Ini kerana, dirinya secara realiti sangat berbeza berbanding karakter yang dipaparkan di TV.
Sumber: BH Online